Wednesday, October 05, 2011

Isteri

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….

Tuesday, October 04, 2011

Puisi Saya Cintakan Awak

Kadangkala saya merasakan,
Allah amat baik, kepada saya awak diberikan.
Mencintai awak sahaja sudah satu kebahagiaan.
Apatah lagi apabila cinta berbalasan.

Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati,
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak,
Terdetik satu masa, hendak selama-lamanya bersama.
Ya, selama-lamanya.
Maka terekstensi sehingga melepasi kematian.
Menyedarkan akan wujudnya dua pengakhiran.
Maka kemanakah kita akan bersama ?
Di situ wujud kegerunan.

Maka saya mula memahami cinta,
Kalau benar saya cintakan awak,
Maka saya akan jaga awak dan diri saya dari Neraka-Nya.
Kalau benar saya cintakan awak,
Saya tidak akan mengajak dan melakukan apa-apa yang menjemput murkaNya.
Sebab, saya hendak bersama awak selama-lamanya.
Mustahil di neraka kita akan bahagia,
Maka Syurga jualah tujuan kita.

Saban hari bersabar menahan diri,
Memang kadangkala perasaan inginkan itu dan ini,
Tetapi belum sampai masa,
Sedang sekarang adalah masa mempersiapkan diri.
Biar boleh jadi yang siap membawa awak pergi ke Syurga-Nya,
Kerana itulah dia makna cinta sejati.

Memang awak,
Memang saya tidak akan mampu menjadi sempurna,
Tetapi biarlah saya tahu sekurang-kurangnya saya telah berusaha semampu daya.
Biar nanti jangan cinta kita hanya batas dunia.
Dan di hadapan Allah kita berbalahan,
Kerana menuduh salah satu kita pembawa ke neraka.

Saya cintakan awak sepenuh hati,
Mengharap menjadi yang terbaik untuk awak nanti.
Biar kita bina keluarga yang mampu menjadi saham dunia akhirat,
Di dunia membina ummah Islam yang kuat,
Di akhirat menggapai syurga yang hebat.

Sebab awak amat berharga,
Untuk sekadar saya lempar ke neraka,
Dan mustahil, kalau saya cinta,
Saya membawa awak kepada kemurkaanNya.

~Hilal Asyraf~


Thursday, September 22, 2011

Zaman Tadika.. :P

Rindu gila zaman kecik2 sekolah tadika..hahaha..ketawa aku sorang-sorang bila teringat balik masa kecik-kecik dulu..tibe-tibe rase macam nak ceritakan zaman sekolah tadika aku..Aku mule bersekolah pada umur aku 5 tahun lagi di Pusat Pendidikan Islam(PPI)..

Masa kecik aku nakal sangat, dulu mase kecik dah ada geng da..yang tak tahannye aku teringat mase konon nye nak jadi gangster tadika, jalan kat belakang sekolah masa time rehat..seluar masuk dalam kasut, baju terkeluar sebelah..yang paling tak boleh belah nye seluar tu dah la warna pink, ade hati nak jadi gangster..hahaha..masalah betul aku masa kecik2..

Dulu masa kecik-kecik aku nakal sangat-sangat..rumah kat sekolah agama izzudin shah (SIS), tapi perangai aku macam setan..haha..aku ingat lagi dulu aku ada geng, 3 orang bersahabat..haha..sorang nama ADEK, sorang ABANG..dua-dua bodyguard aku..hahaha..tiga org setan jr ni la yang selalu buat hal kat sekolah tu..mase cuti je mesti kitorang akan masuk asrama..then bagi bersepah habis satu bangunan..ubat gigi, nila , sabun semua habis kitorang picit  kat atas lantai..tilam dan katil semua habis koyak rabak..hahaha..jahat gile..

Tapi kes paling besar kitorang pernah buat adalah main api kat rumput-rumput kering belakang rumah..habis seluruh bukit terbakar..dan rumah kitorang pun nyaris terbakar sekali..kelam kebut semua orang bawak air dengan penyembur api..kitorang pun apa lagi..cabut lari laa..hahahaha..malam tu memang teruk aku kena tibai dengan bapak aku..tempat biasa aku menyorok ialah bawah katil..walaupun bapak aku boleh tarik aku, tapi aku tak tau la kenapa tempat tu la yg aku rasa paling selamat..last-last tetap kene jugak kan..hahaha..dulu masa sekolah tadika aku dah pandai ponteng sekolah..kami menyorok kat dalam pondok taknak bagi driver bas nampak..haha..gila betul..

Dekat rumah aku bila hujan je confirm banjir..budak-budak biasalah kan..pantang nampak air, mesti nak mandi..aku tak terlepas walaupun sekali untuk mandi air banjir yang tak berapa nak bersih tu..haha..aku kecik-kecik tak macam sekarang..dulu kecik-kecik badan aku sedap..sekarang kering je..haha..dulu aku comel sangat..orang lain cakap la kan..bukan aku..disebabkn aku comel..aku dengan geng-geng aku selalu naik ke rumah pengetua sekolah, sebab nak ngorat anak dia..padahal umur baru setahun jagung..hahahaha...perasan gila aku..entah apalah yang aku fikir mase tu kan? hahaha..zaman tadika aku tamat bila aku berpindah ke Sungai Senam..Selamat tinggal SIS....

Sunday, September 11, 2011

sahabat

sahabat...semua sahabat adalah kawan kita, tapi bukan semua kawan kite sahabat kita. kawan ni mcm2 kategori ade..
1) Kawan mase senang.
   - kawan jenis ni cume ade mase kita senang je. Masa ni barulah diorg nak berkepit dgn kita. Bila kita susah ssemua hilang.
2) Kawan mase susah.
  - kawan jenis ni pulak dia cuma cari kita mase dia susah je. mase dia senang , batang hidung pn tak nmpk. kawan jenis ni mmg ramai aku ade. haha. tapi takpe lah. aku tak kesah. yg penting aku akn cuba tlg dia.. :)
3) Kawan talam dua muka ( jenis tikam belakang )
  - haa, ni bukan kawan, ni haiwan ! kawan jenis ni aku baru je jmpe ! budak rumah sewa aku. mase sem 3 ni baru dia keluar. konon baik nak mampus. tapi belakang perangai mcm sial ! 
4) Kawan mase senang dan susah.
  - yg ni lah yg di namakn sahabat. kawan mcm ni mmg susah sgt nak cari. tp aku beruntung sgt. sbb aku dpt jmpe ramai kawan mcm ni.aku ni mmg ramai kawan, tapi mereka ni la yg paling rapat dgn aku.

 1- Taufik
 2- Syafik
 3- Obeng
 4- Aiman
 5- Awie
 6- Koko
 7- Umaga
 8- Astro
 9- Zul

diorg ni lah yg paling aku rapat dan paling aku syg. mcm mane sekalipn aku akn jage diorg. Susah senang kami same2. diorg susah aku pasti akn tlg. friends for ever my friend ! :)

Friday, September 09, 2011

Astaghfirullah..

Astagfirullahaladzim...Ya Allah , kau ampunilah dosa2 ku.. sesungguhnya aku telah byk berbuat dosa pada-Mu..Aku telah lalai dlm menunaikan kewajipanku selama hampir 3 mggu ini.. Alhamdulillah, kau telah memberikan balasan kepada ku. Aku akn menganggap ini sebagai pengampunan dosa2 ku dan juga ujian bagi ku. Semalam, kau telah beri balasan kepada ku dgn menyebabkn kaki ku terseliuh. Alhamdulillah, aku hampir berjaya dlm ujian ini. aku dpt merasakn bagaimana rasanya menjadi org kurang upaya.. namun, biar kurang upaya, jangan kurg keimanan. aku masih dpt menyempurnakan kewajipanku sbgai seorg Islam kerana Islam itu mudah. Aku amat bersyukur ke hadratMU Ya Allah. Ampunilah dosa2 ku. Aminn...

Thursday, September 08, 2011

One of the most happiest of my life :D

7 september 2011. tepat pada jam 10pagi di hospital ipoh telah lahirnya seorang insan ke dunia yg penuh dgn pancar roba ini. Insan yg diberi nama Muhammad Faris Syahmi.. Alhamdulillah kak long aku selamat melahirkan ank nya tanpa sebarang masalah. Aku takut jugak mase kakak aku cerita psl mase dia baru lepas lahirkn anak , tak boleh tarik nafas, takut nanti uri tu akn cucuk kat jantung. Tu lah punca wanita meninggal semase melahirkan ank. Aku paling takut bile tiba sgt genting tu dlm hidup aku. Entah mcm mne la nanti keadaan nya..Moga2 semuanya selamat.haha. Berangan pulak nak ade ank. Umur pn muda lagi.. Tak kesah laa, tu semua cerita akn dtg. Sekarang cerita psl ank buah aku yg kedua. Aku harap kedua2 ank buah aku akn menjadi insan yg cemerlang di dunia dan di akhirat. Aku sendiri yg akn cuba utk mengajar Islam kpd mereka. Moga Allah memberi mereka taufik dan hidayah sejak dari azali lagi.. Aminnn.... :)

Tuesday, September 06, 2011

Now I Know Why...

Hmm, now i know why she was difficult to tell me that she love me or saying i love you to me. Apparently she does not love me wholeheartedly. While I love her more than anything. I gave her plenty of chances. Although she has hurting me and cheated me so many times, but i still gave her a chance. I never treat a girl the way i treat her. I never go out or dating with girls. I never love any girl the way i love her. But today, i stalker her ex boyfriend whom she did not admit that they are couples. But the evidence is clear now. She sent a wall post saying that she miss him. she said that she loves him. Thats what you call not couples ?! I was very sad when i read their comments. My heart crushed and shattered. Why must she cheat on me. I know that they have breakup now, but still, why must she lie to me before. She gave me hope and trust. Maybe it was old story and i should not pry the past. Is it my fault that i don't know how to treat a girl ? I don't have much experient in relationship. Maybe i should step back n began to lose hope in her. But i just want her to know that i love her very much. I love you NF.

Sebelah lurus, sebelah tak lurus.

Mcm mana nak mule yea. anggap je la aku sbgai hamba Allah yg berjaya menemui jalan kebenaran suatu masa dulu ketika aku hampir sesat ke dalam godaan syaitan. Alhamdulillah skrg aku da berubah. Tapi sekarang aku makin hanyut semula. Walaupn aku berjayakerana masih berpegang dgn prinsip aku utk tidak terpengaruh utk merokok, zina dan seumpama dgn nya, namun aku telah lupa dgn perkara wajib yg sepatutnye aku tunaikan. Setiap hari aku gagal melaksanakan solat 5 waktu. Aku lalai dgn dunia yg sementara ini. Keluar melepak dgn membe2 dari petang smpai ke pagi membuatkn hidop aku jadi tunggang terbalik. Waktu tidur aku pn dah tak mcm kt Malaysia. Org tidur pkul 10-12 mlm , aku tidur pkul 6-7 pagi. 4-5 petang baru bangun. Apelah nak jadi. Tapi disebabkn perangai aku yg suka nasihat org, hormat org tua dan tak terpengaruh dgn dunia mmbuatkn ramai yg mengangap aku mcm org alim. Sampai ade yg kate sejuk bile tgk muke aku. Semua ini membuatkn aku ingin mnjadi spt dlu ketika aku lgsung tak tggl solat, sembahyang di masjid dan selalu solat sunat. Ya Allah ! Kuatkan lah pegangan agamaku! Bantulah hamba-Mu ini menemui jln kebenaran !

Monday, September 05, 2011

Saje-saje

Assalamualaikum. fuhh,akhirnya aku buat jugak blog ni..da lame nak buat blogni tpi mlm ni baru buat. tujuan aku buat blog ni sbnr nye saje-saje je.. tp dlm saje2 pn sbnr nye blog ni la tmpt aku nak ceritakn kisah hidup aku..sekurg2nya bila aku baca balik aku akn egt semua perkara yg pernah terjadi kt blog aku. tu saje setakat ni..aku mmg kurg pengalaman sikit bab2 bnde mcm ni. haha. Assalamualaikum :)